Dah buat rawatan jeragat, tapi masih tak hilang?

Pastinya anda pernah mengalami situasi sebegini. Sudah berhabis duit dan masa, namun jeragat masih sama atau tidak mendapat kesan yang memuaskan hati.
Perlu diingatkan bahawa jeragat bukanlah masalah kulit yang biasa, ianya memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk pudarkan bergantung juga kepada jenis jeragat anda. Semak semula rawatan yang anda lakukan. Adakah rawatan itu benar-benar yang terbaik dan sesuai untuk pudarkan jenis jeragat anda atau sebaliknya.

Jeragat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pendedahan matahari, perubahan hormon, atau genetik. Jika rawatan yang digunakan tidak menumpukan kepada punca jeragat, ia mungkin tidak memberikan kesan yang diingini.
Sekiranya anda melakukan rawatan hanya 1 kali sesi, sememangnya jeragat anda masih belum pudar sepenuhnya. Satu hal yang anda perlu tahu, untuk menghilangkan jeragat semestinya memerlukan banyak sesi dan kebiasaannya 3 sesi ke atas untuk memperoleh kesan yang memuaskan hati. Ianya perlu konsisten lebih-lebih lagi pada jeragat anda yang sudah lama.
Bukan hanya rawatan, penjagaan selepas anda melakukan rawatan jeragat juga sangat penting. Semak semula cara penjagaan anda sewaktu tempoh pemulihan kulit berlaku. Khususnya terhadap cara pemakaian ‘sunscreen’ adalah sangat penting dan bahan yang digunakan adalah selamat untuk digunakan semasa proses pemulihan kulit.

Rawatan jeragat memerlukan kesabaran dan konsistensi. Menggunakan produk dalam jangka masa pendek mungkin tidak memberikan hasil yang memuaskan. Anda perlu mengikuti prosedur rawatan dengan sebaiknya dan bersabar menunggu hasilnya.
Pastikan anda mendapatkan rawatan jeragat yang sesuai dengan jenis jeragat bagi mengelakkan pembaziran dari segi duit dan juga masa.
Klik butang di bawah untuk dapatkan sesi konsultasi Bersama beautician secara PERCUMA: beserta tawaran harga Istimewa sebanyak 35% OFF
Hubungi team MBH Medispa untuk info lanjut : 6011 3236 3754 (Lia hq)