MBH #acnechallenge #acnescarchallenge

 

Terma & Syarat :

1) Penganjur & Kelayakan

a. Peraduan ini dianjurkan oleh jenama MBH Medispa yang dikendalikan di bawah syarikat Moha Group Sdn. Bhd. (“Penganjur”).

b. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas kecuali :

c. Kakitangan MBH Medispa (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau

d. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen khidmat pengiklanan dan/atau pembekal servis promosi Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/isteri).

2) Tempoh

a. Tarikh peraduan ini berlansung bermula dari 1hb Julai hingga 31hb Julai 2019, jam 23:59 tengah malam. Segala penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak membuat pindaan ke atas tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3) Cara-Cara Penyertaan

a. Ceritakan masalah jerawat anda di ruangan komen post di atas beserta hashtag #acnescarchallenge dan #acnechallenge

b. Share post ini di feed IG anda

c. Tag 5 orang rakan anda yang mempunyai masalah yang sama & cabar mereka untuk turut serta

d. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti penceritaan yang dimuatnaik di ruangan komen post peraduan dan dinilai oleh panel pengadil yang dipilih oleh pihak Penganjur.

4) Hadiah Pertandingan:

Hadiah Utama : 20x rawatan parut jerawat atau jerawat bernilai RM350 ke atas

a. Semua hadiah akan diberi secara ‘sedia ada’. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau dituntut dengan tunai atau sebarang bentuk lain samada secara sebahagian atau sepenuhnya.

b. Semua hadiah hanya akan dikeluarkan dalam satu (1) bulan selepas tamatnya peraduan.

c. Salinan kad pengenalan pemenang dan kad pengenalan asal adalah dikehendaki untuk menuntut hadiah.

d. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang sebanyak 3 kali melalui telefon dan emel. Jika gagal/tidak dapat menghubungi pemenang, pemenang baru akan dipilih berikut proses pemilihan yang sama.

e. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Semua pemenang mesti mematuhi Terma dan Syarat oleh pihak Penganjur.

5) Liabiliti & Tanggungjawab

a. Pemenang bertanggungjawab mengambil hadiah dari pejabat rasmi Penganjur atau tempat-tempat lain yang dipersetujui secara rasmi oleh pihak Penganjur.

b. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

c. Peserta akan mengganti rugi pihak Penganjur dari dan terhadap semua liabiliti, kos, kerugian, atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Penganjur disebabkan oleh pelanggaran waranti dan akujanji peserta dan pelanggaran Terma & Syarat peraduan ini.

d. Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah peraduan ini, dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak penganjur terhadap sebarang liabiliti.

6) Hak Penganjur

a. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti, sekiranya mendapat persetujuan daripada pemenang dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

b. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

c. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

d. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang terma dan syarat peraduan sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 018-9773326.

-Terma dan Syarat Perlindungan Data Peribadi-

Maklumat peribadi anda termasuk nama anda dan maklumat perhubungan (“Data Peribadi”) yang anda berikan kepada MBH Medispa Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “kita” atau “kami”) dalam permohonan anda untuk mengambil bahagian dalam “#acnescarchallenge” Cabaran Media Parut Jerawat /Jerawat

(“Pertandingan”) akan direkodkan, disimpan atau diproses oleh kami untuk tujuan yang berkaitan dengan pengurusan Pertandingan dan untuk pengiklanan, publisiti, pemasaran dan tujuan perniagaan sah kami yang lain

(“Tujuan”).
Sila sedia maklum bahawa Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada anggota sekutu kami, pembekal perkhidmatan dan rakan perniagaan yang berkaitan seperti agensi perhubungan awam dan agensi pengiklanan (jika ada) bagi Tujuan tersebut & sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang privasi data. Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa kami adalah sebahagian daripada Kumpulan MOHA GROUP yang beroperasi di negara-negara lain.

Oleh itu, akses kepada Data Peribadi anda mungkin diberikan kepada entiti lain dalam Kumpulan MOHA GROUP dan boleh dipindahkan ke luar Malaysia untuk pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang disebut terdahulu, jika diperlukan.

Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan Data Peribadi anda, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu kepada kami melalui telefon di 018-9773326.

Sila ambil perhatian adalah perlu untuk anda memberikan Data Peribadi anda kerana tanpa Data Peribadi tersebut kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan di atas. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda dan mengemukakan permohonan anda, anda memberi kebenaran secara nyata dan bersetuju dengan syarat-syarat di atas yang berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami.