Tentang Kami

qr0znp

Phone : +603-8741 5573

Mobile : +6011 - 3236 3754

Web : mbhmedispa.com

Email : mbhmedispa01@gmail.com

11-2 Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor.

Maya Beauty House (MBH) merupakan sebuah syarikat di bawah Moha Group Sdn Bhd yang di daftarkan pada tahun 2009 sebagai sebuah syarikat perniagaan di dalam bidang rawatan kecantikan dan kesihatan. Pengasasnya iaitu Puan Yaya Mohamad memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk-produk kecantikan dan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah.

Bermula tahun 2010,Maya Beauty House telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka premis spa kecantikan yang menawarkan perkhidmatan untuk kecantikan wajah dan badan yang berlokasi di Kajang. Perkhidmatan yang disediakan fokus kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan sedikit tambahan elemen moden dan tradisional.

Perniagaan spa dan pusat kecantikan merupakan salah satu cabang perniagaan yang mendapat permintaan ramai terutamanya dari masyarakat kota. Menggunakan tagline “ Being Beautiful is a Choice”, kami menekankan konsep tiada paksaan dan konsep tidak menjual semasa memberi rawatan kepada pelanggan kami kerana kami faham individu yang datang  ke pusat kecantikan kami ialah mereka yang benar-benar inginkan keselesaan selain daripada rawatan yang berkesan. Perkhidmatan di MBH Medispa bukan sahaja sekadar “facial” biasa malah lebih berkonsepkan rawatan intensif yang merawat masalah kulit wajah bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi.

Untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu, Puan Yaya Mohamad juga telah mendapat pendidikan tambahan di Lembaga Estetika Medik di Jakarta pada tahun 2012.  Puan Yaya Mohammad telah mengadunkan silibus dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  untuk menghasilkan menu rawatan yang lebih baik dan ‘advance’ untuk diaplikasikan kepada pelanggan.

Hasil dari rawatan dan  perkhidmatan yang berkesan serta permintaan yang sangat menggalakkan dari pelanggan di kawasan lain, pada tahun 2012 cawangan kedua yang berlokasi di Ampang telah dibuka di bawah nama MBH Medispa dan cawangan ke tiga di Bangi.

Keistimewaan MBH Medipsa selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, ia adalah Pusat Rawatan Kecantikan milik penuh bumiputera. MBH Medispa menggunakan produk buatan sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. MBH Medispa juga menggunakan produk-produk sendiri di bawah jenama MBH Dermacare kerana kami ingin memastikan produk yang digunakan betul-betul berstatus HALAL, bersifat organic dan tidak memudaratkan pengguna. Antara rangkaian produk-produk kami ialah MBH Facial Cleanser, MBH Derma Toner, MBH Sunscreen SPF 50++, MBH Pigmentation Cream, MBH Night Cream dan MBH Pigmentaton Cream. Selain itu, MBH Medispa telah mengeluarkan rangkaian produk makanan tambahan di bawah jenama MBH Nutricare. Produk-produk ini dikilangkan di kilang bumiputera Muslim dan mendapat kelulusan KKM dan HALAL.

MBH Medispa juga bukan hanya memberikan sekadar facial biasa, ia memberikan khidmat rawatan muka yang berasakan teknologi tinggi dan mesin canggih yang diimport dari Jerman dan Korea.  Tenaga kerja MBH Medispa juga terdiri dari mereka yang terlatih kebanyakannya adalah lulusan dari institusi tempatan yang yang diiktiraf. Kami sangat menekankan bahagaian khidmat pelanggan yang mana kepuasan dan permintaan pelanggan haruslah terlebih dahulu diutamakan. Sifat ramah mesra sentiasa berkongsi tips-tips kecantikan merupakan tonggak utama perniagaan ini.

Antara rawatan yang disediakan di MBH Medispa adalah Clinical Acne Treatment untuk masalah jerawat, Collagen Induction Meso Facial, RF firming Meso Facial untuk menruncingkan wajah dan Oxygen Jet-Hydrting facial untuk mengembalikan keremajaan dan kecantikan kulit. Manakala antara rawatan yang sangat popular di MBH Medispa buat masa ini adalah Stem cell Advance Anti Aging Treatment dan juga Collagen Induction Treatment.

Atas permintaan yang sangat mengalakkan dari pelanggan-pelanggan diluar Kuala Lumpur, Puan Yaya Mohammad melebarkan lagi sayapnya dengan menambah cawangan Pusat Kecantikan di bawah jenama MBH Medispa di Shah Alam iaitu MBH Medispa (Shah Alam), kemudian di Senawang, Bandar Seri Permaisuri, Johor Bahru, Wangsa Maju dan Kota Damansara.