W.A.R.I.S pilih MBH

Alhamdulillah, tanggal 24 Ogos lalu, MBH Medispa  kini dah memiliki 22 cawangan MBH selepas buka cawangan baru di MBH Skin Expert Nilai.

Majlis pembukaan MBH Medispa Nilai ini dirasmikan oleh penyanyi rap terkenal, W.A.R.I.S yang merupakan artis kelahiran negeri tersebut. Beliau juga merupakan antara artis yang kerap datang ke MBH Medispa untuk membuat rawatan kulit wajah. 

Turut meraikan bersama, bloggers, wartawan majalah, akhbar dan sosial media tempatan untuk tidak melepaskan peluang menghebahkan pembukaan ini kepada warga setempat.


Selain daripada itu, MBH Medispa mendapat tempat dalam kalangan
orang ramai kerana servis yang dipercayai dan terlatih daripada akademi spa
yang diiktiraf iaitu MBH Beauty Academy. 

Oleh yang demikian, pembukaan cawangan ke-22 di Nilai ini merupakan satu batu loncatan untuk warga Nilai dan sekitarnya merasakan servis spa terbaik ini bagi mencantikkan lagi kulit wajah mereka, tidak kira perempuan mahupun lelaki.

“Buat apa nak malu kan? Sebagai kaum lelaki di era masa kini, jangan malu untuk buat facial. Tak salah pun, kata W.A.R.I.S ketika ditemuduga oleh media

 

Setakat ini W.A.R.I.S dan MBH juga dalam projek baru untuk pemasaran MBH. So,Nantikan!

Tags: No tags

Comments are closed.