Ramai surirumah tak tahu kelebihan Vitamin C untuk kulit wajah

-APA ITU VITAMIN C?

Vitamin C adalah sejenis struktur antioksidan yang boleh dijumpai di dalam sayur mahupun buah-buahan. Ianya sangat penting untuk pembentukan kolagen. Menurut kajian, vitamin C yang kurang menyumbang kepada kegagalan pembentukan kolagen dalam badan lalu menyebabkan kerosakan pelbagai tisu dalam badan. 

BERAPA DOS YANG SESUAI?

Ramai yang menganggap dan khabar angin mengatakan tentang keburukan Vitamin C.  Namun jika dipelajari dengan betul, vitamin C hanya membawa kemudaratan jika diambil lebih daripada dos yang diperlukan iaitu 2000mg/hari dalam jangka masa yaang panjang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Beriku adalah dos yang disaranakan setiap hari mengikut pangkat umur

Kumpulan
Umur
Keperluan Harian (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan
25 mg
6-11 bulan
30 mg
Kanak-kanak
1-6 tahun
30 mg
7-9 tahun
35 mg
Remaja
10-18 tahun
65 mg
Dewasa
70 mg
Wanita mengandung
80 mg
Wanita menyusu
85 mg

JENIS-JENIS VITAMIN C?

– Effervescent (Larut dalamm air)

– Sugar free

– Sustained release (Dilarutkan perlahan-lahan)

– Tidak berasid

– Hisap/kunyah

– Campuran

 

KELEBIHAN VITAMIN C?

– Membantu meremajakan kulit

– Menguatkan sistem pertahanan

– Mengawal paras kolestrol dalam badan

– Membaantu penyerapan zat besi

– Merangsang sistem imunisasi

 

SUNTIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT PUTIH DAN CANTIK?

Setakat ini belum ada suntikan Vitamin C yang berdaftar di bawah KKM, namun rawatan infusi Vitamin C menggunakan mesin dermabasion merupakan satu rawatan kini yang sangat digalakkan untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah.Ianya merupakan satu proses dimana sel kulit mati disingkirkan menggunakan putaran air dalam masa yang sam serum Vitamin C diserap kedalam diratakan ke seluruh kulit wajah seperti pemakaian mask atau pun produk.

 

 

Tags: No tags

Comments are closed.