MBH melonjakkan nama dalam SME Fast Moving Awards 2019

 

 

Anugerah yang begitu besar ini merupakan detik gemilang MBH Medispa yang menunjukkan spa bumiputera mampu bersaing secara positif serta mencapai kejayaan dalam waktu yang sangat singkat. Sudah semestinya, untuk mencapai ke tahap ini bukan lah perkara yang mudah, kejayaan yang datang dari usaha, dorongan serta sokongan yang yang tinggi dari semua pihak MBH Medispa. MBH Medispa percaya dengan usaha yang keras dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang sangat bermakna. Kini, MBH Medispa telah mempunyai 27 cawangan di setiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak dalam masa 11 tahun sejak penubuhan.

 

Dengan penerimaan anugerah ini telah menjadikan MBH Medispa lebih bersemangat untuk terus membangun dan memberikan khidmat yang terbaik kepada setiap pelanggan MBH Medispa. Kejayaan yang dicapai ini juga kerana kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh setiap pelanggan setia MBH Medispa. Kejayaan ini tidak lah berhenti disini, MBH Medispa akan terus melakukan yang terbaik demi kejayaan lain pada masa hadapan.

Tags: No tags

Comments are closed.