RAWATAN WAJAH & ESTETIK

Rawatan Wajah

🌾Kulit normal ke kering (Normal to dry skin)

MBH SIGNATURE FACIAL

Harga rawatan : RM137­

Rawatan untuk membersihkan kulit secara mendalam hingga ke dasar pori serta mengangkat sel-sel kulit mati. Ia juga mensasarkan masalah – masalah kulit seperti kusam, dehidrasi dan garis – garis halus.

Rawatan sesuai untuk?

  • masalah Whitehead dan Blackhead
  • semua jenis kulit, tetapi ia lebih memfokuskan pada masalah kulit normal

Kebaikan rawatan

  • membersihkan kulit secara mendalam
  • merangsang peredaran darah dengan lancar
  • membuatkan wajah tampak berseri
  • menyuburkan kulit wajah

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Skin Exfoliator (menanggalkan sel kulit mati)
  3. Skin Hydrator (melembabkan kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH LUMINOUS SKIN TREATMENT

Harga rawatan : RM350

Merupakan rawatan khas yang dapat menyerlahkan kulit wajah lebih gebu, cerah dan bersinar.

Rawatan sesuai untuk?

  • Kulit kusam
  • Tona kulit tidak sekata
  • Lapisan kulit terbakar (sunburn) akibat terdedah dengan cahaya matahari

Kebaikan rawatan?        

  • Menjadikan kulit cerah dan berseri
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengembalikan warna kulit asal
  • Melembapkan dan melicinkan permukaan kulit.
  • Menghilangkan noda di wajah
  • Mengembalikan keremajaan kulit.

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Pigmentation Set
  2. Skin Exfoliator (menanggalkan sel kulit mati)
  3. Double Brightening Essence (mencerahkan tona kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH OXYDERMAL SKIN

Harga rawatan : RM350

Rawatan yang berperanan untuk membekalkan sumber oksigen yang mencukupi untuk membantu merawat masalah kulit kering dan kasar.

Rawatan sesuai untuk?

  • Kulit kering
  • Kulit kasar
  • Kulit menggelupas

Kebaikan rawatan

  • Membantu melancarkan sistem limfatik dan peredaran darah
  • Membantu mengatasi masalah kulit kasar dengan penggunaan mikrodermbrasion
  • Membantu meningkatkan metabolisma sel-sel kulit
  • Penembakan oksigen ke kulit wajah dengan penggunaan HA Essence dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dan dalam masa yang sama penyerapan serum akan lebih cepat dan baik.
  • Tiada downtime
  • Dapat mengatasi masalah kulit yang sensitif hasil dari penggunaan mesin oksigen
  • Membantu membuang sisa toksin melalui proses sedutan

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Skin Hydrator (melembabkan kulit)
  3. Hyaluronic Acid Essence (memberi nutrient pelembab kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH SUPER CRYSTAL GLOW

Harga rawatan RM500

Rawatan khas untuk kulit wajah lebih cerah dan seputih salju

Rawatan sesuai untuk?

  •  Kulit kusam
  • Tona kulit tidak sekata
  • Wanita dan lelaki yang inginkan kulit kelihatan lebih cerah

Kebaikan rawatan?

  • Dapat mencerahkan kulit serta merta selepas rawatan.
  • Ia juga membantu memudarkan parut jerawat dan pigmentasi pada kulit
  • Dapat mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
  • Tidak menutup pori kulit selepas rawatan
  • Rawatan ini juga tidak sakit dan tiada kesan kemerahan tiada ‘downtime’

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Double Brightening Essence (memberi nutrien mencerah tona kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH AQUA PEEL VITAMIN INFUSION

HARGA RAWATAN : RM350

Rawatan untuk membersihkan kulit secara mendalam dan mensasarkan masalah-masalah kulit seperti dehidrasi dan garis-garis halus.

RAWATAN SESUAI UNTUK :

  • Individu yang mengalami masalah Whitehead dan Blackhead
  • Kulit berminyak
  • Bintik-bintik hitam
  • Jeragat nipis

KELEBIHAN RAWATAN :

  • Membantu kulit menjadi lebih sihat.
  • Membuang whitehead dan blackhead.
  • Menyingkirkan sel kulit mati.
  • Merawat masalah kulit kering, kusam, garis halus.
  • Membantu mengembalikan tona kulit tidak sekata.
  • Membantu mengurangkan jerawat, mengurangkan minyak dan mengecilkan liang pori.
  • Menghasilkan kulit yang lembut dan licin selesa rawatan.

UMUR YANG SESUAI :

  • Berumur 18 tahun dan keatas.

RAWATAN TIDAK SESUAI :

  • Tidak sesuai untuk orang yang sedang mengalami masalah kulit keradangan kulit dan kulit sensitif.

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH EXFOLIATION EXTREME

HARGA RAWATAN : RM350

Rawatan khas dari MBH yang dapat menyerlahkan kulit wajah yang lebih sihat dan bersinar.

RAWATAN SESUAI UNTUK :

  • Kulit kering
  • Kulit kasar/kusam
  • Jeragat
  • Parut nipis

KELEBIHAN RAWATAN :

  • Mengangkat sel-sel kulit mati dan rerambut halus.
  • Wajah akan terasa lebih halus dan cerah bercahaya.
  • Rawatan tiada downtime.
  • Meningkatkan regenerasi sel-sel kulit baru.
  • Mengembalikan tona kulit.

UMUR YANG SESUAI :

  • Berumur 18 tahun dan keatas.

RAWATAN TIDAK SESUAI :

  • Rawatan ini tidak sesuai bagi sesiapa yang ada masalah keradangan kulit dan masalah jerawat yang besar.

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH BOBA FACIAL

HARGA RAWATAN : RM350

Rawatan viral MBH untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

RAWATAN SESUAI UNTUK :

  • Kulit berminyak
  • Pori terbuka
  • Berjerawat

KELEBIHAN RAWATAN :

  • Mengurangkan masalah kulit berminyak.
  • Membuang sel-sel kulit mati.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Tiada downtime

UMUR YANG SESUAI :

Berumur 18 tahun dan keatas.

 

Frequently Asked Questions (FAQ)

🌾Kulit berminyak ke berjerawat (Oily to acne skin)

MBH CLINICAL ACNE TREATMENT

Harga rawatan : RM350

Rawatan khas untuk merawat kulit wajah berjerawat. Penggunaan mesin berteknologi khas dapat mematikan kuman serta bakteria jerawat.

Rawatan sesuai untuk?

  •  Masalah kulit wajah berjerawat

Kebaikan rawatan?

  • Mengurangkan, merawat masalah jerawat di wajah serta mencegah jangkitan kuman pada kulit
  • Penggunaan High Frequency mematikan bakteria pada jerawat serta membantu mengeringkan jerawat yang aktif.
  • Penggunaan mesin Oxygen dan Essence khas (acne) untuk melancarkan peredaran darah dan sistem pengaliran limfatik, mengecutkan jerawat yang aktif, mempunyai kesan antiseptik.
  • Penggunaan masker khusus untuk jerawat, mengandungi antiseptik yang membantu merawat keradangan akibat jerawat
  • Penggunaan mesin LED Phototheraphy membantu membunuh bakteria pada kulit

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Acne Set
  2. Acne Solution Essence (memberi nutrien merawat jerawat pada kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH OLEOUS SKIN TREATMENT

(Harga rawatan : RM350)

Merupakan rawatan istimewa MBH untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak

Rawatan sesuai?

  •  Kulit berminyak
  • Jerawat halus (jerawat pasir)

Kebaikan rawatan

  •  Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Mengurangkan masalah kulit berjerawat pasir
  • Membuang sel – sel kulit mati
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan metabolism sel – sel kulit

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Pink Clay Mask (mengawal pengeluaran minyak pada pasa kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH MUDNETIC DETOX FACIAL

(Harga rawatan : RM280)

Adalah rawatan khas di MBH untuk mengatasi masalah kulit wajah bertoksin. Sesuai juga untuk kulit wajah yang terdedah dengan pemakaian produk kecantikan yang mengandungi racun merkuri

Rawatan sesuai?

  • Mengalami masalah kulit berminyak

Kebaikan rawatan?

  • Menyingkirkan toksin pada kulit, sifat mud mask dan penggunaan magnetik mampu menarik minyak pada wajah
  • Mampu meneutralkan wajah berasid
  • Membantu mengecilkan pori
  • Melembapkan kulit
  • Membantu mengurangkan minyak pada kulit
  • Membantu pelancaran peredaran darah melalui proses urutan yang menggunakan mud mask pada wajah
  • Membantu membuang sel-sel kulit mati dengan penggunaan mesin microdermabrasion yang khas untuk menanggalkan sel-sel kulit mati

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set

 Frequently Asked Questions (FAQ)

🌾Kulit kusam & berjerawat (Dull & pigmented skin)

MBH CARBON SNOW

Harga rawatan : RM350

Rawatan MBH untuk mengatasi masalah kulit kusam

Rawatan sesuai untuk?

  • Masalah kulit kusam
  • Masalah parut merah/gelap
  • Tona kulit tidak sekata
  • Pigmentasi
  • Masalah pori terbuka
  • Membantu mengurangkan masalah kulit berminyak 

Kebaikan rawatan?

  • Membantu memudarkan pigmentasi pada lapisan dermis
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Membantu menghilangkan tona kulit tidak sekata
  • Tiada downtime selepas rawatan

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Double Brightening Effect Essence

Frequently Asked Questions (FAQ)

MBH SKIN PORCELAIN

(Harga rawatan : RM400)

Rawatan terbaru dan paling berkesan merawat jeragat dan bekas-bekas jerawat tanpa jarum & laser

Rawatan sesuai?

  • Kulit berpigmentasi
  • Bekas jerawat

Kebaikan rawatan

  •  Membantu menghilangkan jeragat dan bekas jerawat
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Mengembalikan tona kulit yang tidak sekata
  • Kandungan bahan rawatan tidak mengandungi bahan merkuri atau hyadruquinone

Produk penjagaan selepas rawatan

  1. Dermaklair Normal Set
  2. Pink Clay Mask (mengawal pengeluaran minyak pada pasa kulit)

Frequently Asked Questions (FAQ)

Rawatan Estetik

MBH SKIN GROWTH FACTOR

SGF (Skin Growth Factor) ialah rawatan terbaru dan paling berkesan merawat masalah parut dan kerosakan kulit. Ia adalah 10 kali ganda berkesan berbanding rawatan parut yang lain. Kesannya boleh dilihat selepas seminggu selepas tempoh “downtime” iaitu tempoh kulit bertindak balas dengan essence EGF menghasilkan sel kulit baru dan membuang sel kulit mati.

SGF MAMPU MERAWAT?

  • Masalah berparut jerawat
  • Parut berlubang
  • Kulit kusam
  • Masalah kulit yang agak nipis
  • Kekurangan collagen
  • Liang-liang pori yang agak besar/terbuka

PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN

  • Elakkan terdedah pada cahaya matahari selama seminggu selepas rawatan, pakai topi, mask
  • Pengambilan air yang cukup, 3 liter satu hari
  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang skin care kecuali MBH Medispa Sunblock, Aqua Gel dan MBH Medispa EGF Essence

HIGH INTENSITY ULTRA LIFTING (HIUL)

(Harga rawatan RM900)

Rawatan khas menggunakan teknologi terbaru menggunakan metode ultrasound untuk merawat kekenduran kulit dan dikategorikan sebagai rawatan anti aging yang terbaik dan selamat kerana tidak melibatkan jarum dan pembedahan. Penggunaan teknologi ini untuk merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit sekali gus menjadikan kulit lebih tegang. Rawatan ini bertujuan untuk meremajakan kulit dan mengurangkan tanda penuaan

Rawatan sesuai?

  • Garis-garis halus
  • Kulit kendur dan kedut
  • Tekstur kulit tak sekata
  • Kekurangan kolagen pada kulit

Kelebihan rawatan

  • Meremajakan kulit
  • Mengurangkan penuaan
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Meransang pertumbuhan kolagen
  • Menjadikan kulit lebih tegang
  • Tiada downtime
  • Tiada pembedahan atau rawatan invasive

Produk penjagaan selepas rawatan

  • Dermaklair normal set

Frequently Asked Questions (FAQ)

YOUTH SKIN PLASMA

(Harga rawatan : RM399)

Merupakan terapi semulajadi pengekstrakan plasma darah untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dan pada masa yang sama meransang penghasilan kolagen pada kulit. Rich Plasma yang digunakan di dalam rawatan berasal dari darah pesakit sendiri

Rawatan sesuai?

  • Parut Jerawat
  • Parut Berlubang
  • Kulit kendur
  • Jeragat
  • Kulit kulit
  • Kulit terbakar (sunburn)
  • Liang pori besar & kasar
  • Garis-garis halus tanda penuaan

Kebaikan rawatan

  • Meremajakan kulit
  • Mengurangkan kedutan
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Meningkatkan kelancaran darah
  • Mempercepatkan proses pemudaran parut
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • 100% semulajadi bukannya pembedahan atau rawatan invasif

Produk penjagaan selepas rawatan

  • Dermaklair Normal Set
  • Aqua Gel
  • Hyaluronic Acid Essence

Frequently Asked Questions (FAQ)

E-LIGHT HAIR REMOVAL

 

E-light adalah rawatan teknologi terkini yang terbukti berkesan dan paling cepat untuk menghilangkan bulu roma di tubuh anda. Teknik ini mampu menghancurkan folikel rambut, iaitu akar rambut. Dengan mengawal ketepatan cahaya E-Light, ia dapat melepasi lapisan permukaan kulit dan meresap jauh ke dalam folikel rambut untuk menghancurkannya. Ini akan merencatkan pertumbuhan rambut baru dan memastikan kulit terasa licin bak sutera. Walau bagaimanapun, rawatan perlu diulang untuk beberapa kali bagi memastikan folikel rambut benar-benar sudah mati. Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyakitkan dan berkesan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

PAYULIFT BREAST ENHANCING TREATMENT

 

Rawatan membesarkan payudara ini menggabungkan teknik sedutan vakum, urutan, caj microcurrent dan terapi cahaya foto dinamik. Semasa Rawatan anda mungkin akan merasa sedikit ketidakselesaan semasa rawatan dijalankan. Walau bagaimanapun, perawat estetik kami akan mengawal kekuatan mesin untuk memastikan tahap keselesaan yang bersesuaian.

**Hanya terdapat di cawangan Bangi & Shah Alam sahaja.

LED PHOTON TREATMENT

 

LED Photon Treatment menggunakan pancaran cahaya yang tidak menghasilkan haba untuk merawat kulit secara efektif dan tanpa kesan sampingan. Mesin ini sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk masalah kulit yang tidak sekata, kulit berjerawat, serta mereka yang ingin memulihkan dan merawat apa jua jenis masalah kulit. Terapi Cahaya LED ini adalah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan kesan ‘sunburn’ serta tompok-tompok hitam akan berkurangan.

MBH EYE TREATMENT

 

Dua rawatan khas untuk masalah mata ini (lingkaran gelap bawah mata dan mata sembab) mengaplikasikan teknologi Frekuensi Radio, atau Radio Frequency (RF) yang mampu menyihat dan menyegarkan kulit di bahagian mata secara pantas, selamat dan tanpa pembedahan.

Rawatan RF ini menggunakan haba untuk memanaskan tisu subkutaneus kulit, yang seterusnya akan mengecutkan fiber kolagen sedia ada, menggalakkan pertumbuhan kolagen yang baru dan pembentukan semula kolagen.

Hasilnya, peredaran darah di sekeliling mata diperbaiki dan akan menampilkan kulit di sekeliling mata yang lebih sihat, segar dan bermaya. Garis-garis halus serta lingkaran hitam di bahagian mata akan turut diatasi.

*Sesuai untuk semua jenis kulit

HIGH FREQUENCY TREATMENT

 

Rawatan High Frequency (HF) adalah rawatan yang merangsang, membersihkan dan merawat keadaan kulit dengan membekalkan gelombang frekuensi tinggi ke dalam lapisan kulit. Gelombang ini merangsang hujung saraf, menggalakkan peredaran darah untuk membekalkan sel-sel kulit dengan nutrisi yang diperlukan dan seterusnya meningkatkan metabolisme sel. Ini akan menggalakkan sel untuk berfungsi dengan lebih sihat dan meyembuhkan kulit.

V-SHAPE 3D RADIO FREQUENCY TREATMENT

 

Masalah kulit berkedut merupakan perkara biasa yang pasti dialami setiap orang. Dengan kemajuan teknologi dalam bidang estetik, masalah ini mampu diatasi. Teknik Radio Frequency (RF) adalah satu teknik yang mengaplikasikan gelombang frekuensi radio untuk merangsang pembentukan sel kolagen dan mempercepatkan pertumbuhannya.

Kekerapan rawatan: Untuk peringkat awal 1 kali seminggu selama 6 minggu, diikuti dengan 1 kali bagi setiap 2-4 minggu. Hasilnya dapat dilihat selepas rawatan pertama.