“Boleh ke pakai mekap masa tempoh downtime? “

“Boleh ke pakai mekap masa tempoh downtime? “

“Boleh ke pakai mekap masa tempoh downtime? “ Ok ni soalan pertama yang Lia dapat lepas Lia post tentang “Tanya Lia” kat FB MBH Medispa Dan soalan ni jugalah antara soalan yang kerap Lia terima masa buat consultation dengan pelanggan.

Ok, Lia akan explain dulu apa itu “tempoh downtime”.

Bagi sesetengah rawatan di MBH Medispa memerlukan tempoh masa untuk menunjukkan result  atau hasil dari rawatan tersebut. Inilah yang dipanggil istilah “downtime”. Contohnya, bagi rawatan Dermapen, tempoh downtime ialah seminggu bergantung kepada keupayaan kulit untuk sembuh. Keupayaan ini pula bergantung kepada hormone, factor penjagaan dan unsur lain.

Video ni menunjukkan proses dan tempoh downtime untuk rawatan dermapen :

Sesetengah pelanggan mungkin mengambil masa kurang dari seminggu dan ada yang mengambil masa lebih dari seminggu. Sepanjang tempoh “downtime” ini, kulit akan mengelupas, kemerahan dan menjadi sensitive. Kesan ini adalah tindakbalas daripada kolagen untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada parut dan cela untuk menggantikanya dengan yang baru.

Sepanjang tempoh downtime, pelanggan dinasihatkan agar melindungi kulit spenuhnya dari terkena sinaran UV secara terus, mengelakkan dari memakai sebarang produk kecantikan dan alat kosmetik.

Berbalik kepada soalan tadi, jawapannya ialah “Tidak boleh”. Elakkan sebarang penggunaan kosmetik semasa proses downtime. Ini kerana, kosmetik mengandungi bahan-bahan kimia yang bertindak balas dengan kulit. Sebarang tindak balas semasa proses downtime akan mengganggu proses penyembuhan kulit.

Selalu Lia akan nasihatkan kepada pelanggan, pemakaian kosmetik hanya dibenarkan selepas kulit berhenti mengelupas dan kemerahan.  Kalau masih nak bermekap, Lia akan cadangan untuk pelanggan menggunakan produk solekan yang berasaskan mineral kosmetik.

Di sini Lia lampirkan contoh mineral cosmetic yang dihasilkan sendiri oleh kilang MBH Medispa. Penghasilan barangan kosmetik MBH ni dirumus khas untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan parut.

Bahan asas untuk Mineral cosmetic MBH:

  1. Setting Spray ~ Hyraulic Acid (HA), Aloe Vera Extract, Cucumber Extract

2. Pink Clay Mask ~ Titanium (UV protection), Jojoba Oil, Olive Oil, Shea Butter, Aloe Vera Extract

3. BB Cushion ~ Grape Seed Extract, Lecithin, Arbutin & Vitis Vinifera, Linoleic Acid, Tocopheryl Acetate, Glutathione, Titanium, Hygeaphos etc

Kalau nak tau lebih lanjut tentang mineral cosmetic MBH, boleh ke www.mbhcosmetics.com

Yang penting bebas dari bahan kimia merbahaya seperti fragrance, paraben, triclosan, Sodium lauryl sulfat, Phthalates, Oksibenzon & Petrolatum. Jadi, sebelum beli any produk kosmetik, kena rajin2 cek dulu ingredient dia k. Bukan apa, selain rosakkan muka, nahan-bahan merbahaya ini juga mengandungi risiko kanser yang merbahaya.

Ok,Lia harap podting ni dapat membantu menjawap persoalan semua yang concern kepada masalah yang sama. Sehingga bertemu lagi di next posting dengan soalan dan explanation yang lain pula k.

Zalia,

Perunding Estetik MBH Medispa

Persediaan & Cabaran Tahun Baru MBH Medispa 2018

Salam 31 Disember semua…Salam hari terakhir pada setiap peralihan tahun. Selalu pada hari inilah kita akan bersedia dan excited nak menyambut tahun baru. Tapi adakah kita dah betul-betul bersedia atau masih di takuk lama?

Kalau nak tau jawapan kepada soalan tu senang je, SENARAIKAN PENCAPAIAN ANDA SEPANJANG TAHUN INI & TEGASKAN AZAM SERTA KEMAHUAN UNTUK TAHUN BARU!

Tahun 2017 memang mencabar! Terutamanya dalam dunia bisnes…Mana taknya, untuk sepanjang tahun menyaksikan perubahan trending marketing yang ketara sekarang dan siapa yang lambat pasti ketinggalan.

Bila Lia recap balik tahun 2017, memang mencabar tapi alhamdulilah dapat dilihat sendiri pencapaian MBH Medispa  dalam industry kecantikan. Ok, lia senaraikan di sini boleh ye… buat motivasi sikit 😀

  • Memperkenalkan beberapa rawatan terbaru seperti MBH BUBBLE REJUVENATING FACIAL , MBH PIGMENTATION LASER, MBH CARBON SNOW, INSTANT CRYSTAL GLOW & yang terbaru MBH ROYAL GOLD REVERSE AGE.
  • Membuka 2  cawangan baru di MBH Sungai Petani & MBH Batu Pahat.
  • Membuka rangkaian baru MBH untuk rambut iaitu MBH Haircare di Kajang, Selangor.
  • Logo MBH Medispa telah mendapat tanda (R) iaitu “Registered”. 
  • Menerima anugerah TOP BRAND SERVICE AWARD peringkat ASIA PASIFIK & TOP 10 Asia Corporate Ball 2017

Lia nak highlight sikit pasal anugerah tu sebabnya ini merupakan kebanggaan buat seluruh warga kerja dan pengurusan MBH Medispa. Timing pun kena, sebab tahun depan MBH dah 10 tahun bertapak sebagai pusat kecantikan estetik yang menawarkan rawatan wajah mampu milik buat semua tak kira lelaki atau wanita.

Banyak pahit manis telah ditempuhi dalam dunia perniagaan namun MBH tetap utuh dan terus maju ke depan.

Dan yang penting bagi MBH Medispa untuk tahun 2018 ni…Seluruh TEAM telah diperkukuhkan, SISTEM telah diselaraskan, dan TARGET pun dah disetkan!

Jadi, kepada pelanggan setia MBH, tiada ucapan lain yang mampu Lia ucapkan selain jutaan terima kasih kerana terus bersama MBH selama hampir 10 tahun. Tanpa anda, siapalah kami. Dan bermula tahun 2018 juga, MBH akan melancarkan kempen 10 TAHUN MBH. Yang pastinya MBH akan terus komited dalam merawat dan memberi servis terbaik buat anda semua.

Azam Lia tahun ni pula, sebagai Perunding Estetik dan Pakar Kecantikan di MBH yang dah bertahun-tahun berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan yang mengalami masalah kulit, jadi untuk 2018, Lia nak share pengalaman Lia dalam blog ni.

Jadi, kalau ada yang masih ada persoalan tentang kulit, contoh: “macam mana nak tahu masalah kulit saya”, “kenapa jerawat saya tak hilang-hilang lepas rawatan” , “Macam mana nak tau tahap serius masalah kulit kita” dan bermacam-macam lagi persoalan, boleh follow blog ni. Insyallah, Lia akan menulis mengikut mengikut pengalaman, dan kepakaran Lia untuk menjawab semua persoalan tu.

So, sehingga bertemu di tahun depan 2018 (esok je) dan sayonara 2017 <3

Perunding Estetik MBH Medispa,

Zalia

 

6 Tips Cara Mekap Tahan Agar Tahan Lama

  • Biarkan Pelembab Meresap

Tak kisahlah anda pakai sikit atau banyak pun pelembab muka, anda tetap perlu menunggunya meresap dahulu sebelum mengenakan mekap.

Biarkan sekitar 15 minit, sehingga pelembab muka tersebut meresap dengan sempurna. Jika kulit muka anda jenis berminyak, kurangkan penggunaan pelembab di zon T kerana ia adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak berlebihan menggunakan pelembab muka.

 

  • Pakai Foundation

Penggunaan foundation sememangnya dapat membantu membuatkan mekap kelihatan lebih sempurna. Sebaiknya pilih foundation jenis matte sebab ia tidak berkilat dan efeknya tahan lebih lain.

Cara mekap tahan lama, selain pakai foundation matte, boleh juga menggunakan mineral base yang susah luntur. Gunakan span bersih  atau jari untuk menyapu foundation pada kulit muka anda bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna dan mekap pun tahan lama.

 

  • Teknik Pakai Bedak

Teknik memakai bedak muka yang betul sangat penting kerana inilah salah satu cara mekap tahan lama.Anda disarankan tidak memakai bedak di seluruh muka. Memadai pakai bedak muka hanya di kawasan yang dikatakan mudah berminyak, seperti di zon T dan dagu.

  • Pastikan Eyeliner dan Maskara Jenis Waterproof

Memang geram kan.. kalau eyeliner atau maskara yang dipakai luntur atau tidak tahan lama. Hasilnya, kita akan kelihatan seperti orang yang tak cukup tidur, 3 hari tiga malam! Bukan itu sahaja, silap haribulan kawasan sekitar mata kita nampak lebam seolah-olah kena penumbuk!

Bagi mengatasi keadaan seperti itu berlaku, pastikan kita pilih eyeliner dan maskara jenis waterproof. Wajib tau!!

  • Eyeshadow

Cara mekap tahan lama untuk eyeshadow atau pembayang mata, pastikan sebelum memakai eyeshadow  anda terlebih dahulu telah menggunakan foundation di kelopak mata. Pilih foundation yang bebas minyak. Selain membuatkan mekap tahan lama, warna eyeshadow juga akan jadi lebih hidup.

 

 

  • Jangan Berlebihan Memakai Concealer

Memakai sedikit concealer mungkin menjadi salah satu cara terbaik untuk membuat mekap bertahan lebih lama.Tetapi, elakkan menggunakan concealer terlalu banyak di muka keran aia adalah salah satu produk yang paling kelihatan ketika anda memakainya dalam tempoh yang lama.

 

  • Lipstik Kuat!

Cara mekap tahan lama untuk lipstik, anda disarankan memakai lipstik yang berbentuk pensil. Sebelum mengaplikasikan lipstik di bibir, pakai sedikit foundation. Selain itu, pastikan anda memilih lipstik jenis matte ya!

Facial Treatment

Merupakan perawatan wajah untuk mengatasi pelbagai keadaan kulit seperti sensitive, berminyak, berjerawat, kusam, flek, pori-pori besar, kering, dan proses penuaan. Tersedia 4 kategori yakni Acne & Post Acne, Whitening, Anti Aging, serta General Condition dengan detail sebagai berikut :

ACNE & POST ACNE

Miracle Detox Acne Facial

Efektif untuk kulit berminyak cenderung berjerawat ringan, menormalkam kulit, dan membantu mengeluarkan toksin.

Miracle Acne Bio Facial

Efektif unutk mengatasi masalah jerawat yang meradang, mengeringkan jerawat, serta mengecilkan pori-pori.

Miracle Acne Derma Facial

Efektif untuk problem jerawat yang meradang dan berfungsi sebagai anti inflamasi ( anti peradangan ) mengurangi minyak yang berlebihan dan membantu mengeringkan jerawat.

WHITENING

Miracle Detox Whitening Facial

Efektif untuk kulit yang mengalami masalah pigmentasi ringan dan membantu mengeluarkan toksin.

Miracle Organic Whitening Facial

Perpaduan antara Facial dan Meso Dermic Theraphy (MDT) yg berfungsi meremajakan sel kulit, menambah kadar air, dan mencerahkan kulit.

Miracle Renew White Facial

Perpeaduan antara Facial dan Peeling untuk mengurangi pigmentasi yg sudah terbentuk, menghambat pembentukan pigmen kulit yang baru, dan merangsang terbentuknya kolagen dan elastin baru.

ANTI AGING

Miracle Revitalift Facial

Efektif unutk membantu mengurangi garis kerutan dan mengencang kulit wajah.

Miracle Cell Renewal Facial

Menggunakan ekstrak apel Spatlauber dan Nano Liposome Plant Stem Cell, untuk merangsangkan regenerasi sel kulit baru, mengurangi garis kerutan halus, sekaligus memperlambat proses penuaan.

Miracle Radiant Facial

Menggunakan kandungan NIkkol VC-Ip, yakni vitamin C murni generasi terbaru berdaya serap hingga 700% untuk memperlambat prosess penuaan dengan merangsang pembentukan sel kulit baru.

Miracle Detox Anti Aging Facial

Perawatan detoksifikasi kulit wajah dengan menggunakan bahan aktif acerolax extract alga, serta Vit CL Ascorbid Acid, unutk meregenerasi sel kulit, Menambah Kadar air, sekaligus meremajakan dan mengencangkan kulit.

Miracle Duo Peel Rejuve Facial

Manfaat double peeling dalam satu sesi perawatan dengan menggunakan ensim dan mikrodermabrasi untuk mengangkat sel kulit mati, mencerahkan, mengecilkan pori-pori, serta memperbaiki tekstur kulit. Dilengkapi dengan masker, semprotan oksigen murni, serta serum yg berfungsi mencerahkan sekaligus memperbaiki regenerasi sel kulit.

 

GENERAL CONDITION

Miracle Enzyme Peel Facial

Menggunakan Enzyme Papain untuk melunakkan sel kulit mati sehingga kulit lebih bersinar, lembut, dan lebih sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Miracle Intensive Oxygen Facial

Menggunakan enzyme mask untuk mencerahkan kulit, menggunakan nebuliser oxygen murni dan serum yang bermanfaat bagi kesehatan kulit.

[button color=orange icon=undefined size=medium link=www.mbhmedsipa.com/hubungi-kami]Tempah Sekarang[/button]

Derma Filler

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DERMAL FILLER?

Mengisi lapisan kulit dengan bahan tertentu. Salah satu bahan yang aman dan sering digunakan adalah asam hyaluronat. Asam Hyaluronat merupakan substansi alami yang terdapat dalam semua organisme hidup. Di dalam jaringan kulit, asam hyaluronat berfungsi sebagai pelembap alami kulit.

DERMA FILLER EFEKTIF UNTUK MENGATASI GARIS KERIPUT HALUS / DALAM PADA DAERAH :

  • Kerutan sekitar mata dan mulut / garis senyum.
  • Bopeng akibat jerawat, cacar air, dll.
  • Perbaikan bentuk bibir.
  • Pembentukan kontur wajah.

APA KEISTIMEWAAN UTAMA DERMAL FILLER?

Dermal Filler dapat mengatasi masalah yang timbul akibat proses penuaan dan tujuan penambahan volume pada bahagian wajah tertentu. Prosedurnya relative tidak sakit, hasilnya instan, dan tidak menimbulkan luka.

BAGAIMANA PROSESNYA?

Sebelum prosedur dilakukan, untuk mengurangi rasa sakit dioleskan krim atau injeksi anestesi.

BILAKAH HASILNYA AKAN TERLIHAT?

Hasilnya akan segera terlihat setalah penyuntingkan berupa perbaikan tampilan wajah pada area yang dikoreksi. Perawatan ini bersidfat tidak permanen, dapat bertahan selama 5-12 bulan, sehingga memerlukan terapi ulangan jika diinginkan.

DALAM KEADAAN BAGAIMANA TERAPI INI SEBAIKNYA DITUNDA?

  • Mengalami infeksi / iritasi.
  • Jika mengalami kelainan perdarahan (terapi antikoagulan).
  • Hamil dan menyusui.