Hotline: 011-32363754

Kecantikan Sejagat Bermula dari Kasih Sayang

Puan Yaya Mohammad, Founder MBH Medispa

Pada TAHUN 2008, Puan Yaya Mohammad memulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah ke rumah. Kerana minat yang mendalam dalam bidang kecantikan, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Kecantikan dan Estetik di Jakarta, Indonesia. Selain itu beliau juga mendapat Diploma in Clinical Cosmetology dan Diploma in Medical Trichology dari IICTN, India.   MBH Medispa ditubuhkan atas dasar ingin membantu golongan wanita yang ingin kelihatan sentiasa cantik dan terjaga penampilan. Selain itu, industri kecantikan di Malaysia adalah industri yang sentiasa mendapat permintaan dari semua golongan. Bermula hanya dengan satu cawangan di Bangi, kini sudah bertambah sebanyak 14 cawangan di serata Malaysia dan MBH Medispa berhasrat untuk melebarkan sayap ke luar negara di masa akan datang. MBH Medispa merupakan pusat sehenti untuk golongan yang ingin mendapatkan rawatan wajah bermula dari sesi konsultasi sehinggalah ke rawatan intensif. Rawatan yang ditawarkan lebih ‘customized’ yang mana setiap menu rawatan yang disediakan adalah berdasarkan kondisi kulit pelanggan. MBH menekankan konsep rawat hingga selesai yang mana selain menggunakan teknologi mesin kecantikan yang diimport, penggunaan produk yang berkesan turut penting. Di MBH, kami menggunakan produk jenama sendiri iaitu MBH Dermacare yang diformulasikan sendiri oleh Puan Yaya Mohammad. Selain daripada pusat kecantikan, Puan Yaya turut membuka pusat rawatan rambut di bawah jenama MBH Haircare khusus untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah rambut gugur dan botak menggunakan teknologi moden dan ayurveda. Produk-produk yang dihasilkan dikilangkan di Kilang sendiri yang terletak di Kulaijaya, Johor. Dengan bantuan dari kumpulan pakar kimia dan saintis, MBH Medispa berharap dapat menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Kilang yang mendapat pengiktirafan HALAL Jakim, bertaraf GMP ini sentiasa menghasilkan formula-formula yang terbaru dan berkesan serta selamat digunakan.
 Kilang MOHA Biotech Manufacturing Sdn turut menawarkan servis pengilangan kontrak OEM untuk kosmetik dan makanan tambahan. Setiap fasa penghasilan produk sentiasa dipantau supaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.