Hotline: 011-32363754

Persediaan & Cabaran Tahun Baru MBH Medispa 2018

Salam 31 Disember semua…Salam hari terakhir pada setiap peralihan tahun. Selalu pada hari inilah kita akan bersedia dan excited nak menyambut tahun baru. Tapi adakah kita dah betul-betul bersedia atau masih di takuk lama?

Kalau nak tau jawapan kepada soalan tu senang je, SENARAIKAN PENCAPAIAN ANDA SEPANJANG TAHUN INI & TEGASKAN AZAM SERTA KEMAHUAN UNTUK TAHUN BARU!

Tahun 2017 memang mencabar! Terutamanya dalam dunia bisnes…Mana taknya, untuk sepanjang tahun menyaksikan perubahan trending marketing yang ketara sekarang dan siapa yang lambat pasti ketinggalan.

Bila Lia recap balik tahun 2017, memang mencabar tapi alhamdulilah dapat dilihat sendiri pencapaian MBH Medispa  dalam industry kecantikan. Ok, lia senaraikan di sini boleh ye… buat motivasi sikit 😀

  • Memperkenalkan beberapa rawatan terbaru seperti MBH BUBBLE REJUVENATING FACIAL , MBH PIGMENTATION LASER, MBH CARBON SNOW, INSTANT CRYSTAL GLOW & yang terbaru MBH ROYAL GOLD REVERSE AGE.
  • Membuka 2  cawangan baru di MBH Sungai Petani & MBH Batu Pahat.
  • Membuka rangkaian baru MBH untuk rambut iaitu MBH Haircare di Kajang, Selangor.
  • Logo MBH Medispa telah mendapat tanda (R) iaitu “Registered”. 
  • Menerima anugerah TOP BRAND SERVICE AWARD peringkat ASIA PASIFIK & TOP 10 Asia Corporate Ball 2017

Lia nak highlight sikit pasal anugerah tu sebabnya ini merupakan kebanggaan buat seluruh warga kerja dan pengurusan MBH Medispa. Timing pun kena, sebab tahun depan MBH dah 10 tahun bertapak sebagai pusat kecantikan estetik yang menawarkan rawatan wajah mampu milik buat semua tak kira lelaki atau wanita.

Banyak pahit manis telah ditempuhi dalam dunia perniagaan namun MBH tetap utuh dan terus maju ke depan.

Dan yang penting bagi MBH Medispa untuk tahun 2018 ni…Seluruh TEAM telah diperkukuhkan, SISTEM telah diselaraskan, dan TARGET pun dah disetkan!

Jadi, kepada pelanggan setia MBH, tiada ucapan lain yang mampu Lia ucapkan selain jutaan terima kasih kerana terus bersama MBH selama hampir 10 tahun. Tanpa anda, siapalah kami. Dan bermula tahun 2018 juga, MBH akan melancarkan kempen 10 TAHUN MBH. Yang pastinya MBH akan terus komited dalam merawat dan memberi servis terbaik buat anda semua.

Azam Lia tahun ni pula, sebagai Perunding Estetik dan Pakar Kecantikan di MBH yang dah bertahun-tahun berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan yang mengalami masalah kulit, jadi untuk 2018, Lia nak share pengalaman Lia dalam blog ni.

Jadi, kalau ada yang masih ada persoalan tentang kulit, contoh: “macam mana nak tahu masalah kulit saya”, “kenapa jerawat saya tak hilang-hilang lepas rawatan” , “Macam mana nak tau tahap serius masalah kulit kita” dan bermacam-macam lagi persoalan, boleh follow blog ni. Insyallah, Lia akan menulis mengikut mengikut pengalaman, dan kepakaran Lia untuk menjawab semua persoalan tu.

So, sehingga bertemu di tahun depan 2018 (esok je) dan sayonara 2017 <3

Perunding Estetik MBH Medispa,

Zalia

 

Author Info

admin03 admin

No Comments

Comments are closed.