Hotline: 011-32363754
medi_spa3 Tampil 10 tahun lebih muda dengan Antithesis Treatment, rawatan unggul MBH Medispa yang menggabungkan penggunaan mesin-mesin kecantikan berteknologi tinggi untuk menyerlahkan kulit yang lebih awet muda, bebas kedutan dengan pantas dan berkesan.   Bagaimana rawatan dilakukan? Proses rawatan dimulakan dengan Deep Cleansing Facial dan diikuti dengan eksfoliasi untuk membuang sisa-sisa kotoran di wajah. Seterusnya, proses pengewapan wajah dengan menggunakan steamer akan dilakukan untuk membuka liang pori supaya proses ekstrasi dapat dilakukan dengan mudah. Alat vakum khas akan digunakan dan diikuti dengan proses membuang sisa milia dan komedo di wajah (blackhead & whitehead). Selepas itu, sel-sel kulit mati akan dibuang melalui proses mikrodermabrasi intan untuk merangsang regenerasi sel-sel kulit yang baru. Proses seterusnya melibatkan penggunaan mesin Radio Frequency untuk menegangkan kulit yang kendur, melancarkan peredaran darah dan menggalakkan penghasilan kolagen di bawah lapisan kulit. Penggunaan mesin E-Light Rejuvenation turut mempercepatkan proses pembalikan penuaan, dan seterusnya diikuti dengan Terapi Cahaya LED Merah. Siapakah yang sesuai untuk rawatan ini? Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan perempuan yang mengalami masalah kulit kendur, berkedut dan ‘jatuh’. Apakah hasilnya? Kulit lebih tegang, anjal dan garis halus semakin berkurangan seawal rawatan pertama. Durasi : 2 Jam Harga Normal : RM556 Harga Pakej : RM1688 (6+1 sesi) Tempah Sekarang!