Hotline: 011-32363754
Stem Cell Advanced Anti-Aging Treatment adalah rawatan awet muda yang dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah. Bagaimana rawatan dilakukan? Proses rawatan dimulakan dengan Deep Cleansing Facial dan diikuti dengan eksfoliasi untuk membuang sisa-sisa kotoran di wajah. Seterusnya, proses pengewapan wajah dengan menggunakan steamer akan dilakukan untuk membuka liang pori supaya proses ekstrasi dapat dilakukan dengan mudah. Alat vakum khas akan digunakan dan diikuti dengan proses membuang sisa milia dan komedo di wajah (blackhead & whitehead). Selepas itu, sel-sel kulit mati akan dibuang melalui proses mikrodermabrasi intan untuk merangsang regenerasi sel-sel kulit yang baru. Serum Stem Cell MBH Dermacare akan disapu dan dibantu dengan mesin mesoterapi yang dapat meningkatkan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah. Proses ini akan disudahi dengan pemakaian masker kristal kollagen dan penggunaan Terapi Cahaya LED Merah yang dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan di wajah. Siapakah yang sesuai untuk rawatan ini? Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah, terutamanya mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas. Apakah hasilnya? Kulit akan lebih tegang, anjal. Kedutan dan garis halus akan berkurangan seawal rawatan pertama. Durasi : 2 Jam Harga Normal : RM248 Harga Pakej : RM1488 (6+1 sesi)