Hotline: 011-32363754

PROFESSIONAL SKIN PEELS

APAKAH PROFESSIONAL SKIN PEELS?

Rawatan khas yang dilakukan oleh doktor bertauliah untuk membantu proses pengelupasan kulit mengikut kedalaman tertentu, memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah seperti: Tona kulit tidak sekata. Kulit kusam. Pori-pori terbuka. Tekstur kulit kasar. Jerawat dan parut jerawat. Blemish atau hiperpigmentasi. Garis-garis halus. Kulit kendur.

Pengelupasan mengikut ketebalan kulit yang tertentu akan menyerlahkan kulit yang lebih sihat dan muda.

APAKAH KELEBIHAN UTAMA RAWATAN INI?

Mengupas tetap dalam frekuensi tertentu akan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan kelihatan lebih muda.

BAGAIMANAKAH PRchemical-peel-716x403OSES INI DILAKUKAN?

Selepas pembersihan, cecair pengelupasan akan disapukan ke kulit. Proses ini akan dilakukan sehingga mencapai hasil yang dikehendaki.

BILAKAH KEPUTUSAN DAPAT DILIHAT?

Hasilnya akan bergantung kepada masalah kulit dan kedalaman pengelupasan. Rawatan ini boleh diulang selepas tempoh 2 minggu, seterusnya 2 atau 3 bulan, bergantung kepada jenis pengelupasan yang dilakukan. Perunding estetik akan membekalkan krim khas yang perlu dipakai untuk beberapa hari selepas rawatan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggaru kulit dan mengelakkan pancaran matahari secara langsung. Sebarang penggunaan produk kecantikan juga tidak digalakkan sehingga proses pengelupasan sempurna.  

PANTANG LARANG PROSES INI?

Kulit yang mengalami masalah pengelupasan sedia ada, mengalami jangkitan atau kulit merengsa. Sila berunding dengan perunding estetik kami untuk maklumat lanjut.

JENIS-JENIS PERAWATAN PROFESSIONAL SKIN PEELS? Antara rawatan pengelupasan kulit yang ditawarkan MBH MedispaGlycolic Acid Peel: Untuk pelbagai masalah kulit. Ete Revitalizing Peel: Untuk masalah lingkaran hitam dan kedutan di sekeliling mata. Sensi Peel: Untuk kulit sensitif. Beta Peel: Untuk kulit berminyak atau berjerawat. Glowing Peel: Untuk masalah jeragat, parut jerawat dan meremajakan kulit. Radiance Peel: Untuk masalah jerawat, parut jerawat dan mengecilkan liang pori-pori wajah yang besar. White Peel: Untuk masalah pigmentasi, jerawat, parut jerawat serta mencerahkan kulit. TEMPOH RAWATAN Durasi : 1 jam Harga Normal : RM300 Harga Pakej : RM750 (5+1 sesi), Tempah Sekarang!