Hotline: 011-32363754
High Frequency (Anti Bacteria) Treatment high_frequency_prady_dars                         Rawatan High Frequency (HF) adalah rawatan yang merangsang, membersihkan dan merawat keadaan kulit dengan membekalkan gelombang frekuensi tinggi ke dalam lapisan kulit. Gelombang ini merangsang hujung saraf, menggalakkan peredaran darah untuk membekalkan sel-sel kulit dengan nutrisi yang diperlukan dan seterusnya meningkatkan metabolisme sel. Ini akan menggalakkan sel untuk berfungsi dengan lebih sihat dan meyembuhkan kulit. Gelombang HF mampu merawat masalah kulit kering dengan menggalakkan metabolisme di peringkat kelenjar sebum dan sudoriferous. Manakala Lapisan Ozon Gelombang HF turut bermanfaat untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dengan membunuh bakteria punca jerawat dan menyeimbangkan kandungan minyak di dalam kulit, selain menghilangkan garis-garis halus dan tanda-tanda awal penuaan di kulit wajah. Bagaimana HF berfungsi? HF mencetuskan pembentukan gas di dalam elektrod kaca, yang seterusnya menghasilkan tenaga elektrik. Bagi merawat jerawat, elektrod kaca akan dijarakkan sedikit dari permukaan kulit yang ingin dirawat untuk membentuk Ozon Gelombang HF, yang tercetus melalui tindakbalas elektrik dengan gas oksigen di bahagian permukaan elektrod kaca. Apabila diletakkan di permukaan kulit berminyak, bakteria punca jerawat akan dibunuh dan sebum yang berlebihan akan dihapuskan. Manakala untuk kulit kering, kelenjar akan dirangsang untuk meningkatkan metabolisme sel dan menyihatkan kulit. Tempoh rawatan: 30 minit Harga biasa: RM196 Harga pakej: RM588 (6+1 sesi)     Tempah Sekarang!