Hotline: 011-32363754
E-Light Rejuvenation   RED VEIN TREATMENT E-Light adalah rawatan yang pantas, selamat dan efektif dalam mengurangkan masalah varikos merah atau red vein yang disebabkan oleh pembuluh darah yang bengkak atau rosak. Nadi E-Light akan ditujukan ke bahagian yang menyebabkan darah membeku untuk menguraikannya dan seterusnya diresap kembali ke bahagian tubuh yang lain.   SKIN TIGHTENING & REJUVENATION Sistem E-Light IPL membantu dalam pembentukan kolagen dan elastin yang baru, meningkatkan keanjalan kulit, menghilangkan garis-garis halus dan kedut, mengecilkan liang pori dan mencerahkan semua jenis kulit. Proses ini akan menyerlahkan kulit wajah yang lebih muda dan tona yang lebih sekata. Berapa sesi yang perlu dilakukan? Bergantung kepada keadaan kulit individu. Secara kasar, kerosakan kulit akibat pancaran matahari boleh diatasi selepas beberapa kali rawatan manakala rawatan red vein atau kedutan dapat diatasi lebih kurang dengan 6 kali rawatan.   Penjagaan Sebelum Rawatan
  • Elakkan penggunaan krim menanggalkan atau melunturkan bulu roma 3-4 hari sebelum rawatan.
  • Jangan berjemur di bawah sinaran matahari 2 minggu sebelum rawatan.
  • Cukur bahagian yang perlu dirawat beberapa hari sebelum rawatan.
  Penjagaan Selepas Rawatan
  • Gunakan sunblock SPF30+ dan elakkan berjemur di bawah sinaran matahari selama 4 minggu selepas rawatan.
  • Jangan tekan, urut atau garu bahagian yang dirawat selama 4-5 hari.
  • Elakkan penggunaan alat mekap selama 4-5 hari kerana kulit akan menjadi sensitive selepas rawatan.
  • Amalkan penggunaan Vitamin C dan Vitamin E untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
    SOALAN LAZIM   Siapakah yang boleh dirawat? Rawatan ini sesuai untuk semua orang.   Apakah tindakbalas sampingan? Bahagian yang dirawat mungkin akan menjadi kemerahan, atau bulu roma menjadi tegak (goose bumps). Tindakbalas ini akan hilang beberapa jam selepas rawatan. Walau bagaimanapun, langkah penjagaan semasa dan selepas rawatan perlu diambil kira dalam memastikan pigmentasi mengalami perubahan yang diinginkan (hipo atau hiperpigmentasi).   Barapa lamakah tempoh rawatan? Sebelum memulakan rawatan, konsultasi perlu dilakukan dan sebahagian kulit akan diuji terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang tindakbalas yang tidak diingini terjadi. Seterusnya, rawatan akan dilakukan dan hanya akan mengambil masa selama 15-30 minit sahaja.   Tempah Sekarang!