Promosi rawatan MBH Youth Skin Plasma

MBH Youth Skin Plasma

“SOLUSI TERBARU YANG BERKESAN MENGATASI MASALAH KULIT WAJAH ANDA”

Sebelum ni Lisa dah penat cuba bermacam jenis produk untuk masalah kulit wajah Lisa, parut yang dah mcam kawah bulan sebab berlekuk. Makin hari makin stress Lisa dibuatnya sebab memikirkan masalah parut ni. Bukan parut je, liang pori kat muka ni pun besar-besar, dari jauh dah boleh Nampak.

Lisa, Kepong

Satu hari tu kawan Lisa tegur, kenapa Lisa asyik tukar-tukar skincare? Why not cuba je rawatan parut di MBH Medispa. Kawan Lisa tunjuk pada Lisa Facebook page MBH Medispa, terus Lisa rasa teruja. Sebab apa? Sebab best sangat sebab Lisa dapat tengok video rawatan dan feedback gambar testimony dari pelanggan MBH Medispa yang dah buat rawatan parut ni. Ada yang lagi teruk masalah dia dari Lisa tau, so Lisa fikir, why not Lisa cuba kan?

So satu hari tu Lisa buat appointment dan terus pergi ke MBH Medispa yang berhampiran rumah Lisa. First time Lisa masuk je Lisa rasa selesa sangat. Yela masuk je dalam spa staf MBH sambut Lisa dengan mesra dan terus pelawa Lisa duduk. Dekorasi dalam spa pun cantik dan kemas, siap dihidangkan air lagi ubtuk Lisa. Eh suka sangat lah !

Lepas tu Staf MBH terus buat analisa kulit muka Lisa. Lisa Cuma perlu masukkan muka Lisa dalam mesin, mesin tu akan scan kulit muka Lisa dan result terus keluar. Nak tahu apa result dari analisa kulit Lisa? Masalah kulit Lisa ni kusam sangat, liang pori terbuka, banyak whitehead dan semestinya parut.

So staf MBH suggestkan untuk Lisa rawatan parut iaitu rawatan parut viral Skin Growth Factor dan 1 lagi rawatan parut iaitu rawatan Youth Skin Plasma. Lisa pilih rawatan Youth Skin Plasma sebab nak cuba rawatan yang menggunakan darah sendiri..hihi.

So, apa tu rawatan Youth Skin Plasma?

MBH Youth Skin Plasma ni merupakan terapi semulajadi pengekstrakan plasma darah untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dan pada masa yang sama merangsang penghasilan kolagen pada kulit. Rich plasma yang digunakan dalam rawatan adalah dari darah individu sendiri. Kajian sains menunjukkan rawatan Skin Plasma dapat meningkatkan penyembuhan dalam tisu.

Dengar je penerangan pun dah teruja kan, so ni Lisa nak bagitahu keistimewaan rawatan ni pula ok. Rawatan ni dapat:

  • Meremajakan kulit
  • Menigkatkan kelancaran darah
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • Mempercepatkan proses pemudaran parut
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • 100% natural tanpa bahan kimia, pembedahan atau pun rawatan invasif

Ok so penerangan kat atas tu tentang keistimewaan rawatan, yang ni pula antara kebaikan rawatan ni untuk masalah:

  • Parut jerawat
  • Parut berlubang
  • Liang pori besar dan kasar
  • Garis halus tanda penuaan
  • Kulit kendur
  • Kulit sunburn
  • Jeragat
  • Kulit kering

Ok Lisa sambung pula macam mana proses rawatan ni ya. Mula-mula staf MBH akan cek dulu tekanan darah Lisa, ok ke tak. So far Lisa sihat dan boleh buat rawatan ni. Oh ya, staf MBH yang buat rawatan ni adalah staf nurse ya, so semua prosedur adalah selamat.

Lepas tu staf nurse ambil darah Lisa sebanyak 10ml, darah Lisa tu akan diproses dalam mesin khas lebih kurang 15 minit. Then darah tu akan terbahagi kepada 3 bahagian. Yang disuntik pada wajah Lisa adalah darah PRP (platelet rich plasma). Sakit ke tak masa kena suntik tu? Actually tak rasa sakit ya sebab muka Lisa dah disapu ubat kebas dulu sebelum darah disuntik pada wajah.

Then mula la proses rawatan menggunakan mesin micro needle. Rawatan ni lama tau dalam masa 2 jam 30 minit. So better korang datang awal kalau nak buat rawatan ni ya. Selepas rawatan, staf MBH akan terangkan tentang cara penjagaan yng betul semasa proses downtime atau bahasa lainnya, tempoh pantang. So make sure korang ikutlah betul-betul kalau tak nak ada effect tau.

Semasa tempoh pantang ni, memang Lisa jaga muka Lisa betul-betul sebab Lisa nak hasil yang Lisa dapat nanti, superb hihi. Kulit Lisa mula kemerahan sehari selepas rawatan, hari  ketiga kulit muka Lisa mula menggelupas. Lisa alami juga gatal-gatal dan kulit muka terasa pedih, so Lisa sapu EGF essence untuk kursngksn iritasi pada kulit. Oh ya, Lisa apply juga Aqua Gel bila kulit terasa panas membahang, hihihi.

Selepas 7-8 hari, kulit Lisa dah habis menggelupas sepenuhnya. Kulit Lisa yang baru ni memang cantik sangat, walaupun Lisa baru buat 1 sesi. Seriously kulit Lisa lebih lembut, Nampak muda, dan yang best bekas parut yang berlekuk kebanyakannya dah jadi rata. Lisa dah terbayang lepas ni kalau Lisa makeup, aduh mesti cantik! Yela, dulu kalau makeup, memang terserlah lah lubang-lubang parut tu.

Lepas ni Lisa nak repeat lagi rawatan ni. Seriously memang berbaloi dengan hasil yang Lisa dapat. So pada yang mengalami masalah yang sama macam Lisa, yang dah give up dengan produk-produk di luar sana, apa kata anda datang je ke MBH Medispa. Macam- macam jenis rawatan ada untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Lisa sangat berpuas hati, terima kasih pada MBH Medispa !

Tags: No tags

Comments are closed.