Hotline: 011-32363754

Rawatan Wajah

Mudnetic Detox Facial

1 jam 30 minit (Fully Facial)

Rawatan terbaru dari MBH yang khusus untuk detox kulit wajah dari sebarang kekotoran dan toksin. Menggunakan  masker lumpr dari Jordan sebagai bahan asas untuk rawatan. Istimewanya rawatan ini  ialah kerana ada dua perkara asasnya iaitu pertama

(1) sifat  bahannya yang unik iaitu bersifat magnetic dan kedua

(2) khasiat utama rawatan ini  iaitu menyingkirkan toksin pada wajah untuk pembersihan wajah yang maksimum dan dapat meneutralkan wajah yang selama ini penuh dengan kotoran yang berasid.

Rawatan ini bukan hanya tertumpu kepada pemakaian masker  semata-mata tetapi kami memberi pakej rawatan wajah yang lengkap iaitu bermula dari mencuci wajah,urutan seluruh wajah, proses steamer, vacuum wajah, proses extraction, pemakaian sodium chloride dan mesin microdermabrasion,  pemakaian magnetic mud mask selama 15 minit, menggunakan live magnet untuk menarik masker dari wajah, urutan wajah, penggunaan mesin LED untuk wajah, & diakhiri dengan memakai soothing lotion dan pelindung UV.Selepas rawatan rata-rata pelanggan akan merasa kulit wajah lebih segar, lembut dan bersih. Selepas itu bolehlah pelanggan teruskan dengan rawatan yang lebih seris dan kompleks seperti laser, dermapen, clinical acne treatment dan sebagainya.

MBH Pigmentation Laser Treatment

Durasi: 2 Jam

MBH Pigmentation Laser Treatment ialah rawatan terbaru menggunakan laser untuk mengurangkan warna pigmentasi pada kulit.

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjeragat, hiperpigmentasi dan mempunyai tompok-tompok hitam.

Hasilnya: Pigmentasi/jeragat dan tompok-tompok hitam di wajah semakin berkurangan

Jerawat berpunca dari pori wajah yang tersumbat oleh bendasing seperti minyak dan debu-debu, disebabkan pori ini tersumbat, bendasing yg tersumbat kan menghasikan bakteria dan menyebabkan masalah ini terjadi.

Dengan mengunakan teknologi estetik yang terkini, MBH Medispa menawarkan pembaikan dan pemulihan kepada masalah jerawat ini.

Penggunaan mesin berteknologi tinggi iaitu peranti  High Frequency, Mesotherapy Non Needle di tambah dengan Serum Acne dari MBH DermaCare, dan pengunaan mesin LED Photon Dinamik lampu Biru dapat membantu mengatasi masalah jerawat di kulit wajah.

Deep Cleansing Facial, atau dirujuk sebagai “Rawatan Wajah Tradisional” melibatkan rawatan pembersihan, pengewapan, pengekstrakan, dan penggunaan face mask.

Rawatan ini membersihkan kulit secara mendalam dan mensasarkan masalah-masalah kulit seperti jerawat, dehidrasi dan garis-garis halus. Pelbagai teknik akan digunakan seperti urutan yang dapat merangsang peredaran darah dan seterusnya menyuburkan kulit wajah.

Selepas rawatan, kulit akan menjadi lebih anjal, berseri dan bercahaya.

Rawatan Estetik

E-light adalah rawatan teknologi terkini yang terbukti berkesan dan paling cepat untuk menghilangkan bulu roma di tubuh anda. Teknik ini mampu menghancurkan folikel rambut, iaitu akar rambut. Dengan mengawal ketepatan cahaya E-Light, ia dapat melepasi lapisan permukaan kulit dan meresap jauh ke dalam folikel rambut untuk menghancurkannya. Ini akan merencatkan pertumbuhan rambut baru dan memastikan kulit terasa licin bak sutera. Walau bagaimanapun, rawatan perlu diulang untuk beberapa kali bagi memastikan folikel rambut benar-benar sudah mati. Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyakitkan dan berkesan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Rawatan membesarkan payudara ini menggabungkan teknik sedutan vakum, urutan, caj microcurrent dan terapi cahaya foto dinamik. Semasa Rawatan anda mungkin akan merasa sedikit ketidakselesaan semasa rawatan dijalankan. Walau bagaimanapun, perawat estetik kami akan mengawal kekuatan mesin untuk memastikan tahap keselesaan yang bersesuaian.

**Hanya terdapat di cawangan Bangi & Shah Alam sahaja.

LED Photon Treatment menggunakan pancaran cahaya yang tidak menghasilkan haba untuk merawat kulit secara efektif dan tanpa kesan sampingan. Mesin ini sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk masalah kulit yang tidak sekata, kulit berjerawat, serta mereka yang ingin memulihkan dan merawat apa jua jenis masalah kulit. Terapi Cahaya LED ini adalah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan kesan ‘sunburn’ serta tompok-tompok hitam akan berkurangan.

Dua rawatan khas untuk masalah mata ini (lingkaran gelap bawah mata dan mata sembab) mengaplikasikan teknologi Frekuensi Radio, atau Radio Frequency (RF) yang mampu menyihat dan menyegarkan kulit di bahagian mata secara pantas, selamat dan tanpa pembedahan.

Rawatan RF ini menggunakan haba untuk memanaskan tisu subkutaneus kulit, yang seterusnya akan mengecutkan fiber kolagen sedia ada, menggalakkan pertumbuhan kolagen yang baru dan pembentukan semula kolagen.

Hasilnya, peredaran darah di sekeliling mata diperbaiki dan akan menampilkan kulit di sekeliling mata yang lebih sihat, segar dan bermaya. Garis-garis halus serta lingkaran hitam di bahagian mata akan turut diatasi.

*Sesuai untuk semua jenis kulit

Rawatan High Frequency (HF) adalah rawatan yang merangsang, membersihkan dan merawat keadaan kulit dengan membekalkan gelombang frekuensi tinggi ke dalam lapisan kulit. Gelombang ini merangsang hujung saraf, menggalakkan peredaran darah untuk membekalkan sel-sel kulit dengan nutrisi yang diperlukan dan seterusnya meningkatkan metabolisme sel. Ini akan menggalakkan sel untuk berfungsi dengan lebih sihat dan meyembuhkan kulit.

Masalah kulit berkedut merupakan perkara biasa yang pasti dialami setiap orang. Dengan kemajuan teknologi dalam bidang estetik, masalah ini mampu diatasi. Teknik Radio Frequency (RF) adalah satu teknik yang mengaplikasikan gelombang frekuensi radio untuk merangsang pembentukan sel kolagen dan mempercepatkan pertumbuhannya.

Kekerapan rawatan: Untuk peringkat awal 1 kali seminggu selama 6 minggu, diikuti dengan 1 kali bagi setiap 2-4 minggu. Hasilnya dapat dilihat selepas rawatan pertama.

 

Teknik pengelupasan yang menggabungkan teknologi mikrodermabrasi yang dapat menanggalkan sel kulit mati serta dermal infusion yang dapat meningkatkan penyerapan dan keberkesanan serum dalam kulit wajah.

Proses rawatan yang singkat, tidak menyakitkan dan tiada kesan luka. Hasil dapat dilihat selepas rawatan pertama.

SGF (Skin Growth Factor) ialah rawatan terbaru dan paling berkesan merawat masalah parut dan kerosakan kulit. Ia adalah 10 kali ganda berkesan  berbanding rawatan parut yang lain. Kesannya boleh dilihat selepas seminggu selepas tempoh “downtime” iaitu tempoh kulit bertindak balas dengan essence EGF menghasilkan sel kulit baru dan membuang sel kulit mati.

SGF MAMPU MERAWAT?

-masalah berparut jerawat
-parut berlubang
-Kulit kusam
-masalah kulit yang agak nipis
-kekurangan collagen
-Liang-liang pori yang agak besar/terbuka

PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN

-Elakkan terdedah pada cahaya matahari selama seminggu selepas rawatan, pakai topi, mask
-Pengambilan air yang cukup, 3 liter satu hari
-Tidak dibenarkan menggunakan sebarang skin care kecuali MBH Medispa Sunblock, Aqua Gel dan
MBH Medispa EGF Essence