Hotline: 011-32363754

Jerawat VS Jerawat Batu

#PENTING - JANGAN TERTUKAR YA, INI BEZA NYA JERAWAT DENGAN JERAWAT BATU YANG SEBENARNYA…

Kulit berjerawat merupakan masalah yang hampir 80 peratus rakyat Malaysia hadapi. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang lazimnya dihadapi oleh setiap individu seantero dunia. Saya pun sering menghadapi diserang jerawat lebih-lebih lagi bila hampir peyod. Mengikut kajian, setiap jerawat ini adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis maka tak hairanlah penyelesaiannya juga tak sama!

🌸1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif. Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

🌸2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris.

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

🌸3. Acne Rosacea

Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

🌸4. Severe Acne

Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.
Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan produk-produk di farmasi. Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultasi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.

Author Info

admin

No Comments

Comments are closed.