Hotline: 011-32363754

“Boleh ke pakai mekap masa tempoh downtime? “

“Boleh ke pakai mekap masa tempoh downtime? “ Ok ni soalan pertama yang Lia dapat lepas Lia post tentang “Tanya Lia” kat FB MBH Medispa Dan soalan ni jugalah antara soalan yang kerap Lia terima masa buat consultation dengan pelanggan.

Ok, Lia akan explain dulu apa itu “tempoh downtime”.

Bagi sesetengah rawatan di MBH Medispa memerlukan tempoh masa untuk menunjukkan result  atau hasil dari rawatan tersebut. Inilah yang dipanggil istilah “downtime”. Contohnya, bagi rawatan Dermapen, tempoh downtime ialah seminggu bergantung kepada keupayaan kulit untuk sembuh. Keupayaan ini pula bergantung kepada hormone, factor penjagaan dan unsur lain.

Video ni menunjukkan proses dan tempoh downtime untuk rawatan dermapen :

Sesetengah pelanggan mungkin mengambil masa kurang dari seminggu dan ada yang mengambil masa lebih dari seminggu. Sepanjang tempoh “downtime” ini, kulit akan mengelupas, kemerahan dan menjadi sensitive. Kesan ini adalah tindakbalas daripada kolagen untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada parut dan cela untuk menggantikanya dengan yang baru.

Sepanjang tempoh downtime, pelanggan dinasihatkan agar melindungi kulit spenuhnya dari terkena sinaran UV secara terus, mengelakkan dari memakai sebarang produk kecantikan dan alat kosmetik.

Berbalik kepada soalan tadi, jawapannya ialah “Tidak boleh”. Elakkan sebarang penggunaan kosmetik semasa proses downtime. Ini kerana, kosmetik mengandungi bahan-bahan kimia yang bertindak balas dengan kulit. Sebarang tindak balas semasa proses downtime akan mengganggu proses penyembuhan kulit.

Selalu Lia akan nasihatkan kepada pelanggan, pemakaian kosmetik hanya dibenarkan selepas kulit berhenti mengelupas dan kemerahan.  Kalau masih nak bermekap, Lia akan cadangan untuk pelanggan menggunakan produk solekan yang berasaskan mineral kosmetik.

Di sini Lia lampirkan contoh mineral cosmetic yang dihasilkan sendiri oleh kilang MBH Medispa. Penghasilan barangan kosmetik MBH ni dirumus khas untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan parut.

Bahan asas untuk Mineral cosmetic MBH:

  1. Setting Spray ~ Hyraulic Acid (HA), Aloe Vera Extract, Cucumber Extract

2. Pink Clay Mask ~ Titanium (UV protection), Jojoba Oil, Olive Oil, Shea Butter, Aloe Vera Extract

3. BB Cushion ~ Grape Seed Extract, Lecithin, Arbutin & Vitis Vinifera, Linoleic Acid, Tocopheryl Acetate, Glutathione, Titanium, Hygeaphos etc

Kalau nak tau lebih lanjut tentang mineral cosmetic MBH, boleh ke www.mbhcosmetics.com

Yang penting bebas dari bahan kimia merbahaya seperti fragrance, paraben, triclosan, Sodium lauryl sulfat, Phthalates, Oksibenzon & Petrolatum. Jadi, sebelum beli any produk kosmetik, kena rajin2 cek dulu ingredient dia k. Bukan apa, selain rosakkan muka, nahan-bahan merbahaya ini juga mengandungi risiko kanser yang merbahaya.

Ok,Lia harap podting ni dapat membantu menjawap persoalan semua yang concern kepada masalah yang sama. Sehingga bertemu lagi di next posting dengan soalan dan explanation yang lain pula k.

Zalia,

Perunding Estetik MBH Medispa

Author Info

Zalia MBH

No Comments

Comments are closed.