Beauty Fair

Beauty Fair

Kempen kecantikan “MBH Beauty Fair” dari rangkaian anak syarikat MBH

Peneraju Medispa di Malaysia, MBH Medispa dengan rangkaian terbaru MBH iaitu MBH Haircare
dan MBH Mineral Cosmetic telah melancarkan kempen “MBH Beautyfair 2017” sepanjang
November dan Disember 2017 di semua cawangannya.

Kempen ini buat julung kalinya mendapat kolaborasi dengan jurusolek-jurusolek terkenal Malaysia
(MUA) seperti Nur Syafinaz Utagha Touch, Hanizah M.Rashid, Hera Helmi, Rogue Fyfy, Nisa
Touch,dan Eypa Hana.

Kempen yang bertemakan kecantikan luar dan dalam ini diadakan bertujuan untuk menekankan
kepentingan penjagaan kulit dan rambut di kalangan wanita selain memberi inspirasi solekan yang
terkini.

Sepanjang kempen tersebut, 3 tarikh telah dipilih untuk acara Live Tutorial Makeup di antara pihak
MBH dengan MUA yang terlibat. Di kawasan Selatan, “LIVE” akan diadakan pada 17 November
2017, manakala di kawasan Klang Valley pada 23 November dan utara pada 29 November 2017.
Pengasas MBH, Puan Yaya Mohamad berkata, live tutorial makeup di laman sosial kini menjadi
suatu fenomena yang luar biasa. Hal ini menunjukkan industri kecantikan sentiasa mendapat tempat
di pasaran Malaysia.

Sepanjang live berlangsung, orang ramai berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik tajaan dari
MBH Dermacare, MBH Cosmetic, MBH Haircare, Zaira Exclusive, La Diva dan Caras by Qasrina
Qas.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini boleh ke laman web
www.mbhmedispa.com dan www.haircare.com.

 

Author Info

admin03 admin

No Comments

Comments are closed.